Wednesday, June 26, 2013

10 Usahawan Berjaya dalam Bidang Pengangkutan di Malaysia

1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes -Pengasas Tune Air Sdn Bhd



  
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Petikan dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes


2. Syed Azhar Syed Nadzir - Peneraju Perkhidmatan Bas KL Hop-On-Hop-Off

BAS dua tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan 'double-decker' sering dikaitkan dengan London dan ia menjadi ikon kota raya itu. Selain London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di bandaraya terbabit. Di Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru dan hanya mula diperkenalkan tahun lalu.
 
Dikenali sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara itu dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli. Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia. Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam.
“Idea untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika saya tinggal di London. Saya pernah terfikir bila balik ke Malaysia saya nak bawa konsep bas seperti itu ke Kuala Lumpur (KL),” katanya dalam pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini .
Beliau yang ketika itu bekerja di Airod United Kingdom turut membuat penyelidikan dan mendapati ia sesuai serta berpotensi di Malaysia, terutama untuk menarik pelancong. Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL

Dipetik dari http://kisahusahawan.blogspot.com/2008/07/nadibiz-kl-hope-on-hop-off-ikon-baru.html


3. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh - Pengasas Sani Expres


NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 37 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)


Sani dianugerah usahawan muda berjaya KPTM

BANGI: “Saya nak ubah persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa pengangkutan bas adalah pengangkutan untuk orang golongan bawahan dan oleh sebab itu berazam untuk meningkatkan taraf pengangkutan sekarang kepada keadaan yang lebih tinggi,” kata usahawan muda, Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ketika sidang media selepas menerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Kolej Politeknik Mara (KPTM) 2011.
 
“Sejak saya sekolah saya memang menggunakan bas untuk bergerak dan saya nampak banyak kelemahan dalam bidang pengangkutan ini dari segi kualiti, servis dan sebagainya dan sekarang saya cuba untuk mengatasi masalah berkenaan untuk memberi lebih keselesaan dan kepuasan kepada penumpang,” katanya pada majlis Anugerah Tahunan Usahawan Muda Berjaya Peringkat KPTM 2011, di sini, Jumaat lalu.

Petikan dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SanidianugerahusahawanmudaberjayaKPTM/Article


4. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew - Pengasas Boon Siew Honda



Loh (kiri) bersama pengasas Honda, Soichiro Honda
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya

 
5. Dato' Ahmad Kemin - Pengasas Mutiara Motors Sdn. Bhd
 

Usia bukan penghalang - Ahmad Kemin

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my
Ahmad Kemin

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Usia yang semakin menginjak ke-63 tahun bukan alasan bagi usahawan berjaya, Datuk Ahmad Kemin untuk bersara daripada syarikat yang diasaskannya, Mutiara Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors).
Sebaliknya, menurut beliau, usia yang semakin matang itu sentiasa mencabarnya untuk terus mengembang dan mengukuhkan Mutiara Motors sehingga ke tahap tertinggi.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu mengakui telah menyerahkan kesemua operasi dan pengurusan syarikat kepada tiga anaknya yang menjadi pewaris Mutiara Motors.
Meskipun demikian, Ahmad masih kekal bertindak sebagai pengawas untuk memastikan pewarisnya mengikut landasan yang betul dalam mengendalikan perniagaan yang diusahakan hampir 30 tahun itu.
Ahmad akui walaupun hanya memantau perniagaan itu namun beliau amat tegas dengan anak-anaknya untuk memastikan perniagaan itu dapat diwarisi oleh keturunannya pada masa depan.
''Saya amat tegas dengan anak-anak. Walaupun mereka anak saya tetapi di pejabat mereka adalah pekerja, selepas jam lima kami akan berbual dan berbincang seperti anak beranak.
''Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya hanya bekerja di dalam bilik penghawa dingin tetapi mereka juga perlu merasai kehangatan bekerja di luar pejabat seperti kakitangan lain.
''Pendekatan saya ini memang keras tetapi di sebalik hati kecil ini, saya mahu memastikan mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan dan kesenangan.
''Saya tidak mahu apabila saya tiada lagi Mutiara Motors akan hancur kerana syarikat ini adalah untuk cucu-cicit saya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Ahmad berkata, biarpun persaingan dalam industri automobil semakin sengit, Mutiara Motors masih mampu menjual 90 buah kereta import, termasuk kereta terpakai, setiap bulan.
Ditanya apakah teknik pemasaran yang digunakan, secara berseloroh beliau berkata: ''Percaya atau tidak, saya menjual kereta menggunakan katalog sahaja''.
Beliau mengakui cara tersebut agak kolot tetapi itulah yang diamalkan dari dahulu sehingga hari ini.
''Saya akan mengambil gambar kereta yang bakal saya jual termasuk nombor casisnya dan kemudian masukkan dalam album. Kalau pembeli tanya, itulah yang saya tunjuk,'' ujarnya.
Mengimbau pengalamannya, Ahmad berkata, beliau pernah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk berniaga barangan plastik di pasar malam dan kerja kilang.
Katanya, beliau terlibat dalam industri automobil kerana didorong minatnya terhadap kereta-kereta mewah.
Tambah beliau, pembabitannya dalam industri itu bermula dengan membeli kereta-kereta lama dan membaiki, sebelum menjualnya semula.
''Tetapi apabila AP dibuka saya mencuba nasib dan pada awalnya hanya mendapat lima AP sahaja sebelum ditambah kepada 10 AP enam bulan kemudian,'' katanya.
Ditanya resipi Mutiara Motors kekal berkembang maju sehingga sekarang, Ahmad berkata, kekayaan dan kesenangan yang dinikmati perlu dikongsi bersama pekerja dan kakitangannya.
Menurutnya, Mutiara Motors sentiasa menghargai kakitangannya kerana tanpa mereka, Mutiara Motors tidak akan berdiri seperti hari ini.
''Saya memang menjaga kebajikan kakitangan dan sehingga hari ini Mutiara Motors akan menyediakan makan tengah hari kepada pekerjanya dan tiga bulan sekali saya akan belanja mereka makan di hotel.
''Saya lakukan ini untuk memastikan kakitangan saya dapat berjimat cermat dan masih mempunyai wang sehingga cukup bulan,'' katanya.
Menurutnya, amalan bersedekah itu sebenarnya telah diamalkan sejak dulu lagi, semasa bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).
''Dulu, gaji saya di JKR hanya sebanyak RM74 sebulan, mana mampu hendak bersedekah wang tetapi saya tetap akan mengasingkan beberapa ringgit setiap bulan untuk membeli gula-gula dan coklat untuk diberikan kepada anak- anak yatim berhampiran rumah.
''Mungkin wang yang digunakan itu sedikit sahaja tetapi saya percaya limpahan doa mereka membuatkan saya berjaya dan senang pada hari ini,'' katanya.

Petikan dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_05.htm#ixzz2NsO71UNs


6. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin - Pengasas NAZA Groups
 
Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.
 
Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.

Alam perniagaan
Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Beliau dinyatakan berkata: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.”

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.
Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka
meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.

Anugerah dan pengiktirafan
Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah
rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.

Kematian
Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4
Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.

Perniagaan
Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah — TIDI Development Sdn Bhd – dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.

Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.

Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.

Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat
dilaksanakan dengan jaya.

Petikan dipetik dari laman web http://saifulamargroup.blogspot.com/2010/12/kisah-kejayaan-tan-sri-
sm-nasimuddin-sm.html

7. Wahi bin Abd. Rashid - Pengasas Green Matrix Enterprise

ZAMAN KANAK-KANAK
Nama Saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya di lahirkan pada tahun 1979 di Kedah Darul Aman. Semenjak kecil keluarga saya telah berpindah ke Pahang kerana ayah ditawarkan menjadi peneroka Felda di sana. Kisah saya pada zaman kanak-kanak tidak banyak berbeza dengan anak peneroka Felda yang lain. Setiap hari saya akan pergi ke sekolah dan sekiranya cuti, saya akan membantu keluarga di ladang kelapa sawit. Sekiranya ada kelapangan, saya akan membantu ayah menguruskan bengkel membaiki kenderaan di rumah.

MASUK UNIVERSITI DAN BEKERJA
Syukur Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, saya berjaya belajar hingga ke menara gading. Walaupun sudah bergelar graduan, namun saya sukar mendapatkan pekerjaan. Tidak tahan menganggur terlalu lama, akhirnya saya bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan yang terlibat di dalam bisnes kereta sewa. Walaupun memiliki ijazah, saya tidak ditawarkan jawatan sebagai eksekutif. Kerja saya adalah, tukang cuci kereta, pemandu dan jurujual di kaunter kereta sewa syarikat berkenaan. Setelah setahun bekerja dengan syarikat berkenaan, saya berasa agak malu dengan rakan-rakan universiti yang lain. Kebanyakan mereka sudah berjaya menjadi guru, pegawai kerajaan dan eksekutif di syarikat swasta. Sementara itu saya masih ditakuk yang lama iaitu pencuci kereta.

SAMBUNG BELAJAR
Malu dengan keadaan diri saya maka saya mengambil keputusan untuk menyambung pangajian ijazah sarjana (Master) di Universiti Malaysia Sabah. Setelah 2 tahun (2005) saya berjaya menamatkan pengajian dan ditawarkan bekerja sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

KERJA KERAJAAN
Buat pertama kali saya berasa seronok kerana dapat menyandang jawatan setaraf dengan kelulusan saya. Cemburu dengan kehidupan rakan-rakan yang lain yang nampak hebat, maka saya cuba memiliki apa yang mereka ada. Saya tidaklah boros, tetapi saya cuba memiliki apa yang sepatutnya saya ada. Maklumlah dah penat belajar tinggi-tinggi, mahu juga memakai pakaian cantik, berjalan ke sana-sini, beli peralatan elektrik, perabot rumah, gajet dan ehem ehem berkahwin.

AKIBAT BANYAK HUTANG
Sekiranya tidak mampu membeli secara tunai, saya akan menggunakan kad kredit. Lama-kelamaan hutang saya semakin banyak. Setiap bulan saya sentiasa runsing memikirkan duit gaji yang semakin tidak cukup. Sampai satu tahap, saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah. Kebiasaannya gaji saya habis licin setelah 2 minggu menerimanya, bila tidak cukup duit, saya akan menggunakan kad kredit. Maka tidak hairanlah hutang saya semakin lama-semakin banyak. Pada masa itu saya mempunyai 4 kad kredit dengan hutang sebanyak RM18,000.

HIJRAH MENJADI USAHAWAN
Puas saya memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah tidak cukup wang. Saya cuba bekerja lebih kuat lagi, namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan saya. Pada penghujung tahun 2006, saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara sambilan. Pada mulanya saya tidak tahu hendak berniaga apa. Saya mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan. Saya pernah menjual cenderamata, pakaian berjenama tiruan, agen penjual minyak pelincir kenderaan, perladangan kelapa sawit, gerai minuman, agen hartanah dan kereta sewa. Walau bagaimanapun hampir ke semua perniagaan itu menemui kegagalan. Hutang saya juga semakin bertambah akibat kerugian dalam setiap perniagaan yang saya ceburi. Namun saya tidak berputus asa, saya tetap meneruskan usaha mengubah nasib hidup saya.
Di sebalik kegagalan semua bisnes saya, saya dapati ada satu bisnes yang nampak ada potensi iaitu bisnes kereta sewa. Rupanya baru saya sedar, peluang untuk berjaya lebih tinggi sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat dan mahir. Pada tahun 2008 saya mendaftarkan sebuah syarikat kecil bernama Green Matrix Enterprise untuk menjalankan perniagaan kereta sewa. Saya mula membangunkan perniagaan itu sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah bisnes kereta sewa saya mendapat sambutan.
Pada tahun 2011 syarikat saya sudah memiliki 70 buah kereta. Pada tahun yang sama saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan saya. Perniagaan saya mula mendapat perhatian daripada beberapa orang rakan dan akhirnya kami telah bekerjasama untuk membuka cawangan kereta sewa di Miri, Kuala Lumpur, Kuching, Terengganu, dan Kota Kinabalu Saya juga telah menaik taraf syarikat saya kepada Green
Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Syukur Alhamdulillah perniagaan saya semakin lama semakin berkembang.

Petikan dipetik dari laman web usahawan itu sendiri : http://www.wahi-abd-rashid.com/siapa-saya/

8. Hj Said - Penyedia Khidmat Pengangkutan terbesar di Melaka

Mindset Seorang Usahawan
Ditulis oleh Amar Mahmood

“Asalnya beliau hanya seorang budak kampung yang bekerja sebagai seorang kelindan lori. Kerja beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh lori. Tetapi, kerana belaiu bercita-cita mempunyai pendapatan yang lebih baik, beliau mendapatkan lesen sebagai
seorang pemandu lori.

Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.

Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.

Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?

Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.

9. En. Asli Bin Ngah - Usahawan Perkhidmatan Van Sewa

Dalam mencari dan mencedok pengalaman dari pelbagai bentuk perniagaan yang diceburi oleh usahawan, Majalah Sokmo telah menemubual seorang usahawan yang mengusahakan agensi pengangkutan. Beliau ialah En. Asli Bin Ngah atau nama panggilan pelanggannya Pak Asli. Menurut Pak Asli, perniagaan beliau telah diusahakan selama 12 tahun. Bermula pada tahun 2000, beliau telah
membeli sebuah van untuk disewakan.

Berkat kesabaran beliau dan usaha beliau mengembangkan perkhidmatan beliau kini beliau telah memiliki 18 buah kenderaan. Antara kenderaan yang disewakan ialah van dengan 8 dan 14 tempat duduk, kereta seperti Alza, Kancil, Waja dan sebagainya. Menurut beliau, sepanjang mengusahakan perniagaan tersebut, cabaran utama yang dihadapi ialah saman trafik. Oleh kerana maklumat saman lambat diperolehi, penyewa tidak mengaku dan enggan membayar saman tersebut.

Dari segi sambutan pula, menurutnya di awal bulan ramai pelanggan melanggan kenderaan beliau. Pendapatan kasar sebulan sewaan secara puratanya RM14,000 sebulan. Namun begitu kosnya seperti
bayaran ansuran dan cukai jalan menjangkau RM 12,000 sebulan.

10. Pn. Hjh Sairah - Pengasas Sairah Expres
Syarikat Sairah Expres telah mula menjalankan operasi bermula tahun 1994 di sekitar Sabah. Pengasas dan penggerak syarikat ini ialah Pn. Hjh Sairah bersama suaminya. Berbekalkan semangat ingin maju sebagai sebuah syarikat bumiputra yang berdaya saing, pengurusan syarikat telah membuat pelaburan dan ketersediaan menanggung risiko dengan membeli SCANIA BUS. Ternyata dengan sokongan rakan rakan dari SCANIA(M), langkah ini adalah yang terbaik bagi perkembangan syarikat.

Petikan dipetik dari : http://sairahexpress.blogspot.com/2012/01/penghargaan.html
Related Posts with Thumbnails