Wednesday, March 7, 2012

Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan Dr. Azizan Osman - Bahagian 2



Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan Dr.Azizan Osman - Bahagian 2


Usahawan Yang Ingin Berjaya Wajib Kuasai Strategi Pemasaran!
Lebih 80% Usahawan Tidak Ada Ilmu Tentang Bagaimana Memasarkan
Produk Atau Perkhidmatan Mereka

 
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Arep,

Tahniah kepada anda kerana telah menjadi peserta Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power pada Ahad lepas dan semalam yang melimpahi dewan seminar di Hotel Thistle, Johor Bahru & Wisma MCA, KL. Anda adalah antara peserta yang amat bertenaga yang saya pernah jumpa!!

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah berkongsi tentang formula kekayaan dan kejayaan yang saya dikenali sebagai M.E.S.T.I. - M iaitu M untuk Mentor, E untuk elmu, S untuk Sistem, T adalah Tindakan serta I adalah Impian.

Sebelum ini saya telah menerangkan tentang Mentor dan Elmu, maka minggu ini saya akan terangkan 1 lagi konsep formula kejayaan iaitu S = Sistem atau Strategi.

Prinsip Ketiga: S = Sistem atau Strategi

Anda memang memerlukan mentor yang terbukti berjaya untuk anda pelajari daripada mereka serta sentiasa meningkatkan ilmu anda tentang bagaimana "Emosi" tingkah laku diri anda serta pelanggan anda. Anda juga perlukan strategi yang betul untuk membina kejayaan anda. Ramai usahawan tidak ada atau tidak menggunakan strategi atau sistem yang betul-betul terbukti berjaya secara praktikal.

Contoh, mereka tidak ada sistem rekod perakaunan dan kewangan yang betul, mereka tidak ada sistem atau strategi pemasaran yang betul dan konsisten, mereka tidak ada sistem pengurusan pekerja yang betul, malah hidup mereka pun mungkin tidak menggunakan sistem pengurusan yang betul.

Sekiranya sesuatu perniagaan itu tidak mempunyai sistem atau strategi yang betul terutamanya dalam aspek pemasaran, bagaimana anda ingin tingkatkan potensi perniagaan anda? Bagaimana anda nak tarik lebih ramai pelanggan ke perniagaan anda? Bagaimana anda ingin membina keuntungan yang tinggi dan konsisten melalui perniagaan anda?

Anda perlukan sistem atau strategi terutamanya pemasaran. Jika anda pandai pemasaran, perniagaan anda akan "dikejar" oleh ramai pelanggan atau prospek, perniagaan anda akan dikenali, perniagaan anda akan untung berlipat kali ganda.

Bayangkan anda mungkin ada produk pelaburan kewangan yang bagus dan anda rasa ramai orang boleh mendapat manfaat daripada produk tersebut, tetapi disebabkan anda tidak tahu strategi pemasaran yang terbukti berjaya, maka anda akan merasakan produk tersebut tidak laku, sedangkan bukan ianya tidak laku tetapi mesej kepada orang ramai tidak disampaikan dengan jelas tentang betapa bagusnya produk tersebut.
Gunakan Bantuan Kerajaan ke Jalan yang Betul dan Efektif

Saya sendiri ada perhatikan beberapa tahun ini, betapa "generous" kerajaan melalui agensi-agensi mereka memberikan bantuan kewangan atau modal kepada usahawan untuk berniaga. Ianya bernilai sehingga berbillion ringgit setiap tahun. Saya amat sokong usaha kerajaan tapi secara jujur saya katakan semua usahawan akan lebih berjaya jika mereka tahu cara betul dan berkesan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka even sebelum mereka mula berniaga.

Modal yang diberikan tidak akan mendatangkan hasil jika ianya hanya digunakan untuk mencantikkan kedai dan membesarkan dapur, tetapi tidak digunakan untuk membina strategi pemasaran yang terbukti berjaya. Bukan sekadar secara teori yang selalu ditulis dalam kertas cadangan Rancangan Perniagaan atau diajar oleh mereka yang tidak pernah berniaga atau tidak terbukti kejayaan mereka dalam perniagaan.
Takkan nak berlatih untuk menjadi pemain badminton terbaik dunia tapi berguru dengan mereka yang tidak pernah bertanding dalam gelanggang badminton dunia atau menjadi juara, betul tak?
Konsep Pemasaran P.O.W.E.R dan Gerila

Konsep pemasaran terkini yang para usahawan, peniaga kecil atau sederhana serta para perunding takaful, unit amanah atau sesiapa sahaja yang berniaga seperti firma guaman dan klinik kesihatan perlukan adalah konsep pemasaran P.O.W.E.R dan secara Gerila (bukan Gorilla!).

Ia adalah konsep di mana anda hanya akan pelajari dalam siri program saya di Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power. Anda akan diajar bagaimana untuk menarik ramai pelanggan dengan kos yang sangat rendah (serendah percuma!), serta bagaimana untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda.

Konsep pemasaran Gerila ini berbeza daripada konsep pemasaran biasa. Strategi pemasaran biasa menekankan tentang berapa banyak duit yang usahawan ada untuk digunakan dalam pengiklanan dan pemasaran. Malah strategi pemasaran biasa terlalu memfokuskan kepada mendapatkan pelanggan dan buat pelanggan membeli produk atau perkhidmatan mereka sekali, tetapi selepas itu, pelanggan tersebut dilupakan.

Tetapi salah satu strategi pemasaran Gerila daripada lebih 200 strategi adalah menekankan tentang bagaimana anda sebagai usahawan dapat menggunakan semua sumber yang anda ada seperti maklumat pelanggan dengan membina hubungan yang baik dengan mereka, "membelai" mereka serta memberikan tawaran kepada mereka agar mereka boleh memperkenalkan rakan-rakan mereka atau famili mereka kepada perniagaan anda.

Bayangkan anda hanya mempunyai 10 pelanggan, tapi setiap seorang pelanggan anda mempunyai paling kurang 5 ke 10 orang rakan atau famili yang rapat dengan mereka. Contoh mudah saya boleh berilkan, dalam era sosial media ini, mereka mempunyai rakan-rakan di Facebook yang secara puratanya adalah 50 orang atau lebih. Bermakna 10 orang pelanggan tadi mewakili lebih 500 prospek atau potensi pelanggan anda di belakang mereka bukan?

Dan yang menariknya, anda mungkin tidak perlu belanja kos pengiklanan langsung untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru ini malah ianya adalah lebih berpotensi kerana mereka diperkenalkansendiri oleh 10 orang rakan mereka yang memang gembira dengan perkhidmatan anda. Berapa cepat anda boleh tambah pelanggan anda? Mudah bukan?

Banyak lagi strategi yang saya akan kongsikan di dalam siri yang akan datang. Tetapi bagi anda yang ingin mempelajarinya dengan pantas, anda bolehlah layari www.MarketingPower.com.my untuk mendapatkan 50 strategi pemasaran percuma daripada saya.

Anda juga boleh hubungi kami di 019/013-2442244/013-2442400 untuk bertanya tentang siri Seminar Marketing Power berhampiran anda yang hanya akan berlangsung di beberapa lokasi lagi seperti di Alor Setar, Seberang Jaya Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan dan Shah Alam.

Ini adalah peluang keemasan anda untuk melihat bagaimana perniagaan anda boleh berkembang dengan pesat! Saya juga akan berkongsi tentang banyak kajian kes mereka yang telah terbukti berjaya menggunakan strategi pemasaran P.O.W.E.R yang saya kongsikan.

Jumpa nanti!

Untuk Kekayaan dan Kejayaan Anda,
Dr. Azizan Osman
Founder & Chairman, Richworks
Author, Speaker, Entrepreneur, Success Coach
Founder of Marketing P.O.W.E.R Concept &
Licensed Guerilla Marketing Master Trainer (Asia)
A Member of Malaysian Institute of Marketing
www.richworks.com.my
Related Posts with Thumbnails