Thursday, February 12, 2009

Jom Bina Aset Sendiri

Antara pembelajaran dalam permainan Cashflow 101 adalah, di mana anda anda boleh bermula? Dan seorang janitor (penjaga bangunan) pun boleh melakukannya, apatah lagi anda yang barangkali mempunyai ijazah dan sijil-sijil professional lainnya. (Paper qualification & gaji besar bukan penentu segalanya)

Secara umumnya anda ada 3 pilihan. Pilihan untuk membina aset anda sendiri.

1. Berniaga

Ini adalah cara yang paling sukar. Tetapi mempunya Return on Investment (ROI) yang paling lumayan.

2. Hartanah

Antara kekurangan pelaburan hartanah adalah liquidity. Walaupun anda mempunyai rumah bernilai RM 500 000, belum tentu anda dapat menjualnya dalam masa yang anda perlukan. Justeru, menjadi pelaburan hartanah yang mempunyai cashflow positif tiap-tiap bulan (sewa) adala lebih ditekankan berbanding capital gain ( flipper - jual beli rumah)

3. Pasaran Saham

Cara yang paling mudah. Tetapi untuk mendapatkan untung di dalamnya bukan semudah yang disangka. Dan sekiranya anda tahu cara yang betul, maka anda sudah mendapatkan satu mesin menjana pendapatan yang lumayan dan cepat. Awas, tidak kena caranya anda akan kehilangan wang secepat mungkin juga.

Yang Paling Menarik…

Apa yang ramai daripada anda tidak sedar adalah, ia semua boleh dilakukan secara part-time pada peringkat awal. Anda tidak perlu berhenti kerja anda dahulu pun untuk mencuba salah satu daripada tiga jalan ini.

Ramai yang tidak tahu mencuba. Ramai yang takut untuk mencuba. Mungkin tidak ramai yang didedahkan dengan cara yang betul lagi. Akhirnya anda menjadi savers sahaja.

Cara yang terbaik adalah anda mempunyai perniagaan, mempunyai aset hartanah sendiri dan akhirnya menjual saham perniagaan anda kepada umum (public listed company). Tetapi semua ini dapat dicapai sekiranya anda terus bertindak sekarang!

Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit

Perniagaan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan duit. Ia lebih dari itu. Antaranya adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Konsep ini - WHY - adalah sangat penting, tetapi tak ramai orang menyedari dan menghayatinya.

Dalam Islam ada disebut:

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis 1, dalam koleksi Hadis 40 Imam Nawawi, ia hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Kenapa - WHY - anda mahu terlibat dalam perniagaan mesti kuat. Dan ia bukan sekadar duit. Memang tiada masalah kalau tujuannya hanya duit, tetapi seperti mana yang disebut dalam hadis diatas, anda akan dapat duit sahaja.

Kebahagiaan (Happyness ;) ), ketenangan, kepuasan, kewajipan agama, keberkatan, anda mungkin tidak mencapainya sekiranya matlamat utama anda adalah duit.

Saya tahu kenapa saya mesti terlibat dalam perniagaan. Saya juga tahu kenapa blog saya perlu berubah dari penulisan isu semasa & politik kepada isu kewangan, pelaburan dan perniagaan. Saya tidak melakukannya untuk tujuan yang sia-sia, dan juga bukan isu duit & wang semata-mata.

Begitu juga anda, anda mesti tahu KENAPA - WHY - dalam diri anda.

Apabila anda tahu tujuan dan matlamat anda, anda akan terus berada di landasan yang sebenar. Anda akan melakukan yang terbaik dalam perniagaan anda. Anda akan terus gigih berusaha walaupun 1001 cabaran yang melanda.

Selain kuasa (politik), harta kekayaan adalah senjata yang utama. Mereka yang tahu perniagaan mereka pada asalnya adalah untuk kebaikan, akan menyalurkannya untuk kebaikan masyarakat kembali dan sekiranya sikap tamak yang menguasai diri, harta kekayaan akan membawa kemusnahan ke dalam masyarakat.

“I believe that with great wealth comes great responsibility, a responsibility to give back to society, a responsibility to see that those resources are put to work in the best possible way to help those most in need,” (Bill Gates)

Bukankah ini juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad b Abdullah yang hartawan lagi dermawan?
Related Posts with Thumbnails