Thursday, February 12, 2009

Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit

Perniagaan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan duit. Ia lebih dari itu. Antaranya adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Konsep ini - WHY - adalah sangat penting, tetapi tak ramai orang menyedari dan menghayatinya.

Dalam Islam ada disebut:

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis 1, dalam koleksi Hadis 40 Imam Nawawi, ia hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Kenapa - WHY - anda mahu terlibat dalam perniagaan mesti kuat. Dan ia bukan sekadar duit. Memang tiada masalah kalau tujuannya hanya duit, tetapi seperti mana yang disebut dalam hadis diatas, anda akan dapat duit sahaja.

Kebahagiaan (Happyness ;) ), ketenangan, kepuasan, kewajipan agama, keberkatan, anda mungkin tidak mencapainya sekiranya matlamat utama anda adalah duit.

Saya tahu kenapa saya mesti terlibat dalam perniagaan. Saya juga tahu kenapa blog saya perlu berubah dari penulisan isu semasa & politik kepada isu kewangan, pelaburan dan perniagaan. Saya tidak melakukannya untuk tujuan yang sia-sia, dan juga bukan isu duit & wang semata-mata.

Begitu juga anda, anda mesti tahu KENAPA - WHY - dalam diri anda.

Apabila anda tahu tujuan dan matlamat anda, anda akan terus berada di landasan yang sebenar. Anda akan melakukan yang terbaik dalam perniagaan anda. Anda akan terus gigih berusaha walaupun 1001 cabaran yang melanda.

Selain kuasa (politik), harta kekayaan adalah senjata yang utama. Mereka yang tahu perniagaan mereka pada asalnya adalah untuk kebaikan, akan menyalurkannya untuk kebaikan masyarakat kembali dan sekiranya sikap tamak yang menguasai diri, harta kekayaan akan membawa kemusnahan ke dalam masyarakat.

“I believe that with great wealth comes great responsibility, a responsibility to give back to society, a responsibility to see that those resources are put to work in the best possible way to help those most in need,” (Bill Gates)

Bukankah ini juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad b Abdullah yang hartawan lagi dermawan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails