Sunday, March 4, 2012

9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan

 

9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman - Usahawan, Mentor Kekayaan & Kejayaan, Pakar Strategi Pengiklanan & Pemasaran & Master Trainer (Asia) 

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda? 

Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas 

Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan? 

Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu.  

Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran 

Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman 

Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul 

Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif 

Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa 

Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini. 

*Anda boleh membaca keseluruhan artikel ini di dalam Majalah Harmoni keluaran 1 Mac 2012 nanti atau hadir sendiri ke Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power 2012 dengan layari marketingpower.com.my atau hubungi 1-300-88-2424. -Admin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails