Tuesday, September 8, 2009

Hartanah: 9 Tips Pelaburan Hartanah Team SaifulSham.com

Article nie dari saudara syazwan iaitu salah seorang dari pengasas saifulsham.com.

Hartanah: 9 Tips Pelaburan Hartanah Team SaifulSham.com


Syazwan, "Prince of Property"
Team SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com

"Orang Lain Beli Anda Beli, Orang Lain Untung Anda Rugi!"

Hartanah sudah berabad lamanya diakui sebagai salah satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam apa jua situasi walaupun di saat zaman kejatuhan ekonomi.

Hari ini, memiliki dan menguruskan hartanah bukan lagi mitos khayalan iaitu hartanah merupakan bidang yang hanya boleh dipelopori oleh si jutawan atau milikpunya syarikat gergasi. Keadaan hari ini jauh sudah berubah.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pemilikan hartanah turut meningkat
dengan penglibatan penjual, pembeli, dan juga institusi kewangan yang merancakkan
industri hartanah.

Bagi anda yang berminat untuk mengeksploitasi keadaan ini, jika anda berminat
merebut kekayaan dalam pelaburan dalam hartanah, inilah peluangnya.

Melibatkan diri dalam dunia hartanah juga sama dengan pelaburan lain, turut tetap
mempunyai risiko. Siapa kata tiada risiko?;p. Walaupun begitu, jika anda lengkapkan
diri anda dengan ilmu yang cukup lengkap, anda tidak akan gagal dalam pelaburan
hartanah.

Percaya atau tidak? Seharusnya anda percaya apa yang dikatakan saya kerana saya
sedang belajar hartanah dari bapa saya yang merupakan seorang jutawan hartanah!

Baiklah, kali ini, saya akan menceritakan bagaimana untuk mengenal pasti lubuk emas sesebuah hartanah. Oleh sebab ramai yang ingin tahu, apakah ciri-ciri untuk
mengenalpasti sesebuah hartanah yang berpotensi untuk memacu diri kita ke arah
kekayaan.

Bersedialah....

Tips pertama saya:

Hartanah yang baik dan berpotensi tidak semestinya merupakan hartanah yang lumayan dan terletak dalam pembangunan yang ada kelas. Contohnya: Tidak semestinya pelaburan di Desa Hartamas (sebuah kawasan ekslusif di Kuala Lumpur) boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Walaupun sesebuah hartanah terletak dikawasan kurang ternama, selagi ianya mempunyai permintaan, berada di kawasan pembangunan tersusun, ia adalah termasuk dalam permata pelaburan sebenar!

Bapa saya tidak pernah membeli hartanah yang popular tetapi beliau tahu dimana wang harus dibelanjakan dalam pelaburan hartanah. Asasnya, ada permintaan, beliau masih boleh mengaut kekayaan yang tinggi.



Tips kedua:

Buat permulaan dalam pelaburan hartanah, adalah penting untuk membeli hanya sebuah hartanah walaupun terdapat banyak tawaran hartanah yang menarik.

Jika terdapat banyak tawaran hartanah menarik, senaraikan setiap satu persatu dengan kriteria anda. Contoh:

1) Bilangan bilik tidur
2) Saiz halaman rumah
3) Bilik mandi
4) Saiz dapur
5) Tahap sekuriti
6) Kualiti bahan binaan
7) Kawasan kejiranan
8) Kawasan sekeliling
9) Landskap
10) Maintenance
11) Kemudahan awam

Membeli hartanah memerlukan penelitian mendalam sebelum mengambil apa-apa keputusan. Anda harus mengikuti teknik-teknik 'super' ini jika ingin berjaya dalam pelaburan hartanah.

Apakah teknik 'super' itu?

Anda tidak harus menjadi pak turut. Thinking out of the box. Jangan mudah jatuh hati apabila melihat keadaan rumah di'showroom' (showroom memang dibuat secantik mungkin untuk menarik minat pembeli oleh pemaju..jangan terlalu mudah percaya), anda jatuh hati melihat VIP treatment semasa majlis penyerahan kunci ataupun melihat orang berpusu-pusu dalam majlis pelancaran sesebuah hartanah.

Keadaan seperi diatas kebanyakannya tidak banyak membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Sebab itu, thinking out of the box. Look beyond normal view.

Yang penting, beli hartanah yang boleh memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang berbanding tergesa-gesa untuk membeli bagi mengaut keuntungan segera.



Keputusan untuk membeli hartanah haruslah neutral. Anda tidak boleh mendengar semua kata-kata sogokan pemaju jika anda ingin membeli hartanah dengan hasrat untuk menyewakannya dan meraih keuntungan dari penyewaan hartanah.

Tips Ketiga:

Jika anda membeli dengan tujuan untuk menyewakan kembali, tetapkan target anda bahawa anda sedang mencari hartanah yang untuk disewa, bukan untuk diduduki anda atau tujuan-tujuan sebaliknya.

Apabila mencari hartanah sedemikian, anda seharusnya tahu apa kehendak penyewa. Penyewa tidak menyewa rumah pelik-pelik, melainkan pemikirannya sama dengan anda. Penyewa tidak menyewa rumah di ceruk hutan melainkan beliau sama tarzan seperti anda.

Jika anda target pasaran rumah untuk sewaan pelajar IPT, pastikan rumah tersebut dekat dengan pusat pengajian dan tidak perlu penekanan kepada kecantikan pada rumah. Kehendak pelajar IPT berbeza dengan orang biasa.



Tips keempat:

Elakkan membeli hartanah dikawasan yang terlebih-lebih pembangunan (overbuilt),
kawasan yang jauh akses kepada kemudahan awam, hartanah berkualiti rendah(biarpun harganya murah).

Ini kesemua akhirnya akan membawa beban kepada anda. Anda mungkin terpaksa bersaing dengan banyak tuan rumah hartanah seperti anda di kawasan yang overbuilt, anda mungkin terpaksa melihat rumah anda kosong jika ianya jauh dengan kemudahan awam.

Anda juga mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk maintainence jika
membeli hartanah berkualiti rendah.

Sebaik-baiknya, antara kaedah terbaik adalah melihat reputasi pemaju hartanah tersebut. Lihat kepada prestasi mereka pada projek-projek lepas, baru anda tahu bahawa rumah yang dihasilkan adalah berkualiti (sebabnya rumah baru kadangkala susah untuk diketahui kualitinya baik atau tidak melainkan anda melihatnya 5 tahun kemudiannya)



Tips kelima:

Apabila membeli hartanah komersial seperti lot kedai, pertimbangkan keupayaan
kawasan sekeliling untuk menarik peluang pekerjaan, perhubungan dengan kawasan
komersial lain, dan tumpuan komuniti masyarakat setempat.

Kawasan bandar yang selalunya mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi secara automatiknya menarik minat pelabur yang inginkan ruang niaga seperti lot kedai, pejabat, dan runcit.

Tips keenam:

Membeli hartanah dengan nilainya yang sebenar!. Jangan membeli disebabkan spekulasi. Ada orang yang mudah terpengaruh akan dakwaan sesetengah pihak mengatakan kawasan itu akan dibangukan besar-besaran oleh kerajaan. Dan orang terpengaruh ini sanggup membeli harga 3,4 kali ganda dari nilai semasa. Angannya ingin keuntungan tinggi dalam jangka panjang.

Akhirnya, apabila berita itu hanya spekulasi, orang tersebut rugi begitu sahaja.


Kawan bapa saya pernah membeli hartanah di Dengkil berbelas tahun dahulu atas keyakinan bahawa kerajaan ingin membangunkan Dengkil sepenuhnya sebagai pusat pentadbiran kerajaan baru di Putrajaya.
Namun disebabkan spekulasi, ura-ura inilah beliau hari ini masih tidak mendapat pulangan kerana bukan semua kawasan Dengkil mendapat kesan limpahan pentadbiran baru di Putrajaya. Jika ya sekalipun, saya merasakan, tunggulah 10 tahun lagi, mungkin dapat merasakan nikmatnya.

Saya tidak sanggup tunggu selama itu!



Tips ketujuh:

Living concept juga amat penting bagi masyarakat moden hari ini. Ianya membawa
pengertian kepada kehidupan sesetengah masyarakat. Apabila anda memenuhi kehendak mereka dalam pembelian hartanah, secara automatiknya, anda akan mudah memperoleh penyewa.

Contohnya: Rumah diatas bukit menjadi pilihan masyarakat Cina atas kepercayaan mereka. Contoh lagi, anda membeli rumah yang beralamat, alamatnya cantik bagi masyarakat Cina. Ini juga peluang untuk anda kerana kebanyakan mereka mengamalkan kepercayaan pada nombor yang memberi "ong" kepada mereka.


No. 888, Jalan 8, Taman Jaya

Alamat rumah yang mungkin menjadi rebutan masyarakat Cina. Sama dengan plat kereta.

No. 44, Jalan 4, Taman Jaya

Anda mungkin dijauhi golongan masyrakat Cina untuk menyewa kerana anda seolah menyuruh mereka mati cepat!



Tips kelapan:

Sebelum membuat pembelian hartanah, sila rujuk kepada pihak bank untuk mengetahui nilai sesebuah hartanah untuk jenis hartanah yang sama jenis dengannya. Amalkan prinsip ini "Melabur berasaskan kira-kira, bukan dengan mengikut kata hati".

Tips kesembilan:

Menunggu saat krisis. Anda akan menjumpai juga golongan penjual hartanah yang
terlalu terdesak mendapatkan wang sehingga sanggup menjual hartanah mereka pada harga murah walaupun nilai sebenarnya jauh lebih tinggi. Dan situasi ini berlaku
amat jarang sekali tetapi ingat inilah peluang anda untuk membuat pelaburan yang
membawa keuntungan tinggi. Apabila krisis yang tidak dijangka ini berlaku,
berdasarkan pengalaman bapa saya, beliau mempunyai fund tersendiri yang hanya
disimpan khusus untuk merebut hartanah yang di dalam golongan krisis.

Bermakna, apabila ada tawaran gila oleh penjual hartanah yang terdesak ini, fund ini
akan digunakan untuk membeli hartanah ini.

Baiklah, saya rasa setakat ini dahulu penjelasan saya. Saya berharap moga anda dapat memanfaatkan 9 tips super yang saya kongsikan ini.

Satu sebab mengapa saya sedang belajar hartanah dari bapa saya walaupun usia saya masih berumur 20 tahun : Sebabnya, saya tahu hartanah adalah cara untuk mengaut kekayaan tanpa memerlukan usaha yang banyak seperti menjalankan sebuah perniagaan biasa. Kalau tidak, masakan bapa saya sudah bergelar jutawan hartanah sejak 10 tahun yang lepas.

Satu lagi sebabnya, hartanah ibarat industri makanan juga, akan sentiasa ada
permintaan dan permintaan tersebut tidak akan menurun atau menjunam dalam masa waktu jangka masa yang panjang.



Hari ini lebih banyak graduan dihasilkan, lebih ramai golongan muda
yang bekerja, lebih ramai golongan yang baru mendirikan rumah tangga, lebih ramai rakyat setiap tahun, maka permintaan akan sentiasa ada.



Saya selalu juga membaca surat khabar tentang penganalisis ekonomi yang memberikan pendapat, walaupun ada ketika mereka mengunjurkan industri hartanah di Malaysia amat lembap, industri hartanah di Malaysia tidak menguntungkan, tetapi sebaliknya, bapa saya hari masih terus bergelar jutawan hartanah dan sehingga saat ini, kalau diberi peluang, sayalah orang pertama akan melonjakkan diri jika disebut mengenai hartanah.

Ruang untuk anda turut menikmati kekayaan dalam bidang hartanah juga masih luas dan belum diekspoloitasi sepenuhnya.

Yan pentingnya, saya selalu tekankan, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menceburi bidang hartanah.


Tahukah anda?

Orang paling kaya di Malaysia,"Raja Gula" Tan Sri Robert Quek mempunyai pelaburan berbilion ringgit dalam hartanah.
Orang paling kaya di Singapura, Kwek Leng Beng adalah pelopor industri hartanah di sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails