Thursday, September 17, 2009

Kos Kahwin yang Wajib Orang Bujang Tahu.



Coretan Dari Pak Di ;-

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 – Maskahwin


Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 – Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 – Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 – RM 5,000.

Kos # 4 – Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 – Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 – RM 600.

Kos # 6 – Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 – RM 2,500.

Kos # 7 – Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 – RM 500.

Kos # 8 – Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 – RM 1000.

Kos # 9 – Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 – RM 3000

Kos # 10 – Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 – RM 3,000


Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.


Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 – RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 – RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 – RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa – apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 – RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 – 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lulpa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

= RM 36,050...!!!




Haaa!!
Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

Amacam ?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

p.s. Kalau anda yang dah ada pengalaman nak tambah kos-kos lain silakan ya …

p.p.s Kalau pening sangat dan nak dapatkan tips tambahan, sila klik di sini.

Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?




Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.

1. Buat duit ?
2. Berapa duit ada ?

Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.
Income

* Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
* Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
* Dapat dividen dari saham itu adalah income.
* Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
* Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.

Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …

* Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
* Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
* Berapa banyak duit dalam ASB ?
* Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?

Ia adalah
Aset

Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.

10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.

Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.

Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat
Aliran Tunai (Cashflow)

Ini adalah komponen yang paling penting.

Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.

Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit dalam tangan.

RM 10,000 (pendapatan)
-RM 11,000 (perbelanjaan)
(RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.

Anda perlu jadikan ia begini

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.

Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)

Amalkan sampai mati.

Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.

Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.

RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)

Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.

Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.

Untuk bisnes pula

RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)

Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar. Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. Bukan cawangan lain ye..

Untuk saham

RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)

Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.

Pendapatan.Aset.Aliran tunai.

Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.

Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.

Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besar, jaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.

Amacam ?

Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?

Tambah pendapatan ?

Kawal aliran tunai ?

Atau kedua-duanya sekali ?

p.s. Zakat dikenakan ke atas pendapatan atau aset ?

p.p.s Cukai dikenakan ke atas aset atau pendapatan ?

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji




Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

* Duit rumah
* Duit kereta
* Bil air
* Bil api
* Bil internet
* Bil telefon
* Hutang bank
* Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.
Kan Kan Kan Kan ?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah
Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?
Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.
# 1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

1. ASB
2. Tabung Haji
3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

* 3 bulan perbelanjaan
* 6 bulan perbelanjaan
* 12 bulan perbelanjaan
* 24 bulan perbelanjaan
* 48 bulan perbelanjaan
* 60 bulan perbelanjaan
* 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.
# 2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.

Monday, September 14, 2009

Nasihat & Prinsip Warren Buffet

Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. (Perasan tak.. dalam bahasa melayu.. tiada perkataan yang sama maksud dengan “billionaire”.. yang ada hanyalah “millionaire”= jutawan.. Erk?)
Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion - Oracle - AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion - Aldi - Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion - Petrokamia - India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion - Besi - India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion - Aldi - Trader Joe’s - Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion - Zara - Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion - LVMH - Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion - Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion - Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion - Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion - Pembuatan, Tenaga - AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) - Pembuatan, Tenaga - AS)
Nasihat Warren Buffet

Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?.. Beliau ialah bapa saudara kepada sepupu jiran sebelah rumah mak saya 20 tahun lepas.. ok! ok!.. saya tahu.. tak lawak pun.. oh!
Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia… (Itu yang saya hairan suatu ketika dulu.. macam mana syarikat pelaburan “swisscash” boleh beri keuntungan 300% setahun? Sedangkan syarikat pelaburan terbaik dunia pun hanya mampu beri 34% je.. oh!)

Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet (setelah dialihbahasakan).


Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekuang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda…
Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.
Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)
Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
Pengambil Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (telur disini bermaksud , telur ayam kepunyaan anda yer.. bukan telur anda.. oh!)

Thursday, September 10, 2009

Muse - Invincible

Follow through
Make your dreams come true
Don't give up the fight
You will be alright
'Cause there's no one like you in the universe

Don't be afraid
What your mind conceives
You should make a stand
Stand up for what you believe
And tonight
We can truly say
Together we're invincible

During the struggle
They will pull us down
But please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible

Do it on your own
It makes no difference to me
What you leave behind
What you choose to be
And whatever they say
Your souls unbreakable

During the struggle
They will pull us down
But please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

During the struggle
They will pull us down
Please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

Best ke maksud lirik ni.. mari fahamkan ok..

Tuesday, September 8, 2009

Hartanah: 9 Tips Pelaburan Hartanah Team SaifulSham.com

Article nie dari saudara syazwan iaitu salah seorang dari pengasas saifulsham.com.

Hartanah: 9 Tips Pelaburan Hartanah Team SaifulSham.com


Syazwan, "Prince of Property"
Team SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com

"Orang Lain Beli Anda Beli, Orang Lain Untung Anda Rugi!"

Hartanah sudah berabad lamanya diakui sebagai salah satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam apa jua situasi walaupun di saat zaman kejatuhan ekonomi.

Hari ini, memiliki dan menguruskan hartanah bukan lagi mitos khayalan iaitu hartanah merupakan bidang yang hanya boleh dipelopori oleh si jutawan atau milikpunya syarikat gergasi. Keadaan hari ini jauh sudah berubah.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pemilikan hartanah turut meningkat
dengan penglibatan penjual, pembeli, dan juga institusi kewangan yang merancakkan
industri hartanah.

Bagi anda yang berminat untuk mengeksploitasi keadaan ini, jika anda berminat
merebut kekayaan dalam pelaburan dalam hartanah, inilah peluangnya.

Melibatkan diri dalam dunia hartanah juga sama dengan pelaburan lain, turut tetap
mempunyai risiko. Siapa kata tiada risiko?;p. Walaupun begitu, jika anda lengkapkan
diri anda dengan ilmu yang cukup lengkap, anda tidak akan gagal dalam pelaburan
hartanah.

Percaya atau tidak? Seharusnya anda percaya apa yang dikatakan saya kerana saya
sedang belajar hartanah dari bapa saya yang merupakan seorang jutawan hartanah!

Baiklah, kali ini, saya akan menceritakan bagaimana untuk mengenal pasti lubuk emas sesebuah hartanah. Oleh sebab ramai yang ingin tahu, apakah ciri-ciri untuk
mengenalpasti sesebuah hartanah yang berpotensi untuk memacu diri kita ke arah
kekayaan.

Bersedialah....

Tips pertama saya:

Hartanah yang baik dan berpotensi tidak semestinya merupakan hartanah yang lumayan dan terletak dalam pembangunan yang ada kelas. Contohnya: Tidak semestinya pelaburan di Desa Hartamas (sebuah kawasan ekslusif di Kuala Lumpur) boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Walaupun sesebuah hartanah terletak dikawasan kurang ternama, selagi ianya mempunyai permintaan, berada di kawasan pembangunan tersusun, ia adalah termasuk dalam permata pelaburan sebenar!

Bapa saya tidak pernah membeli hartanah yang popular tetapi beliau tahu dimana wang harus dibelanjakan dalam pelaburan hartanah. Asasnya, ada permintaan, beliau masih boleh mengaut kekayaan yang tinggi.



Tips kedua:

Buat permulaan dalam pelaburan hartanah, adalah penting untuk membeli hanya sebuah hartanah walaupun terdapat banyak tawaran hartanah yang menarik.

Jika terdapat banyak tawaran hartanah menarik, senaraikan setiap satu persatu dengan kriteria anda. Contoh:

1) Bilangan bilik tidur
2) Saiz halaman rumah
3) Bilik mandi
4) Saiz dapur
5) Tahap sekuriti
6) Kualiti bahan binaan
7) Kawasan kejiranan
8) Kawasan sekeliling
9) Landskap
10) Maintenance
11) Kemudahan awam

Membeli hartanah memerlukan penelitian mendalam sebelum mengambil apa-apa keputusan. Anda harus mengikuti teknik-teknik 'super' ini jika ingin berjaya dalam pelaburan hartanah.

Apakah teknik 'super' itu?

Anda tidak harus menjadi pak turut. Thinking out of the box. Jangan mudah jatuh hati apabila melihat keadaan rumah di'showroom' (showroom memang dibuat secantik mungkin untuk menarik minat pembeli oleh pemaju..jangan terlalu mudah percaya), anda jatuh hati melihat VIP treatment semasa majlis penyerahan kunci ataupun melihat orang berpusu-pusu dalam majlis pelancaran sesebuah hartanah.

Keadaan seperi diatas kebanyakannya tidak banyak membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Sebab itu, thinking out of the box. Look beyond normal view.

Yang penting, beli hartanah yang boleh memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang berbanding tergesa-gesa untuk membeli bagi mengaut keuntungan segera.



Keputusan untuk membeli hartanah haruslah neutral. Anda tidak boleh mendengar semua kata-kata sogokan pemaju jika anda ingin membeli hartanah dengan hasrat untuk menyewakannya dan meraih keuntungan dari penyewaan hartanah.

Tips Ketiga:

Jika anda membeli dengan tujuan untuk menyewakan kembali, tetapkan target anda bahawa anda sedang mencari hartanah yang untuk disewa, bukan untuk diduduki anda atau tujuan-tujuan sebaliknya.

Apabila mencari hartanah sedemikian, anda seharusnya tahu apa kehendak penyewa. Penyewa tidak menyewa rumah pelik-pelik, melainkan pemikirannya sama dengan anda. Penyewa tidak menyewa rumah di ceruk hutan melainkan beliau sama tarzan seperti anda.

Jika anda target pasaran rumah untuk sewaan pelajar IPT, pastikan rumah tersebut dekat dengan pusat pengajian dan tidak perlu penekanan kepada kecantikan pada rumah. Kehendak pelajar IPT berbeza dengan orang biasa.



Tips keempat:

Elakkan membeli hartanah dikawasan yang terlebih-lebih pembangunan (overbuilt),
kawasan yang jauh akses kepada kemudahan awam, hartanah berkualiti rendah(biarpun harganya murah).

Ini kesemua akhirnya akan membawa beban kepada anda. Anda mungkin terpaksa bersaing dengan banyak tuan rumah hartanah seperti anda di kawasan yang overbuilt, anda mungkin terpaksa melihat rumah anda kosong jika ianya jauh dengan kemudahan awam.

Anda juga mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk maintainence jika
membeli hartanah berkualiti rendah.

Sebaik-baiknya, antara kaedah terbaik adalah melihat reputasi pemaju hartanah tersebut. Lihat kepada prestasi mereka pada projek-projek lepas, baru anda tahu bahawa rumah yang dihasilkan adalah berkualiti (sebabnya rumah baru kadangkala susah untuk diketahui kualitinya baik atau tidak melainkan anda melihatnya 5 tahun kemudiannya)



Tips kelima:

Apabila membeli hartanah komersial seperti lot kedai, pertimbangkan keupayaan
kawasan sekeliling untuk menarik peluang pekerjaan, perhubungan dengan kawasan
komersial lain, dan tumpuan komuniti masyarakat setempat.

Kawasan bandar yang selalunya mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi secara automatiknya menarik minat pelabur yang inginkan ruang niaga seperti lot kedai, pejabat, dan runcit.

Tips keenam:

Membeli hartanah dengan nilainya yang sebenar!. Jangan membeli disebabkan spekulasi. Ada orang yang mudah terpengaruh akan dakwaan sesetengah pihak mengatakan kawasan itu akan dibangukan besar-besaran oleh kerajaan. Dan orang terpengaruh ini sanggup membeli harga 3,4 kali ganda dari nilai semasa. Angannya ingin keuntungan tinggi dalam jangka panjang.

Akhirnya, apabila berita itu hanya spekulasi, orang tersebut rugi begitu sahaja.


Kawan bapa saya pernah membeli hartanah di Dengkil berbelas tahun dahulu atas keyakinan bahawa kerajaan ingin membangunkan Dengkil sepenuhnya sebagai pusat pentadbiran kerajaan baru di Putrajaya.
Namun disebabkan spekulasi, ura-ura inilah beliau hari ini masih tidak mendapat pulangan kerana bukan semua kawasan Dengkil mendapat kesan limpahan pentadbiran baru di Putrajaya. Jika ya sekalipun, saya merasakan, tunggulah 10 tahun lagi, mungkin dapat merasakan nikmatnya.

Saya tidak sanggup tunggu selama itu!



Tips ketujuh:

Living concept juga amat penting bagi masyarakat moden hari ini. Ianya membawa
pengertian kepada kehidupan sesetengah masyarakat. Apabila anda memenuhi kehendak mereka dalam pembelian hartanah, secara automatiknya, anda akan mudah memperoleh penyewa.

Contohnya: Rumah diatas bukit menjadi pilihan masyarakat Cina atas kepercayaan mereka. Contoh lagi, anda membeli rumah yang beralamat, alamatnya cantik bagi masyarakat Cina. Ini juga peluang untuk anda kerana kebanyakan mereka mengamalkan kepercayaan pada nombor yang memberi "ong" kepada mereka.


No. 888, Jalan 8, Taman Jaya

Alamat rumah yang mungkin menjadi rebutan masyarakat Cina. Sama dengan plat kereta.

No. 44, Jalan 4, Taman Jaya

Anda mungkin dijauhi golongan masyrakat Cina untuk menyewa kerana anda seolah menyuruh mereka mati cepat!



Tips kelapan:

Sebelum membuat pembelian hartanah, sila rujuk kepada pihak bank untuk mengetahui nilai sesebuah hartanah untuk jenis hartanah yang sama jenis dengannya. Amalkan prinsip ini "Melabur berasaskan kira-kira, bukan dengan mengikut kata hati".

Tips kesembilan:

Menunggu saat krisis. Anda akan menjumpai juga golongan penjual hartanah yang
terlalu terdesak mendapatkan wang sehingga sanggup menjual hartanah mereka pada harga murah walaupun nilai sebenarnya jauh lebih tinggi. Dan situasi ini berlaku
amat jarang sekali tetapi ingat inilah peluang anda untuk membuat pelaburan yang
membawa keuntungan tinggi. Apabila krisis yang tidak dijangka ini berlaku,
berdasarkan pengalaman bapa saya, beliau mempunyai fund tersendiri yang hanya
disimpan khusus untuk merebut hartanah yang di dalam golongan krisis.

Bermakna, apabila ada tawaran gila oleh penjual hartanah yang terdesak ini, fund ini
akan digunakan untuk membeli hartanah ini.

Baiklah, saya rasa setakat ini dahulu penjelasan saya. Saya berharap moga anda dapat memanfaatkan 9 tips super yang saya kongsikan ini.

Satu sebab mengapa saya sedang belajar hartanah dari bapa saya walaupun usia saya masih berumur 20 tahun : Sebabnya, saya tahu hartanah adalah cara untuk mengaut kekayaan tanpa memerlukan usaha yang banyak seperti menjalankan sebuah perniagaan biasa. Kalau tidak, masakan bapa saya sudah bergelar jutawan hartanah sejak 10 tahun yang lepas.

Satu lagi sebabnya, hartanah ibarat industri makanan juga, akan sentiasa ada
permintaan dan permintaan tersebut tidak akan menurun atau menjunam dalam masa waktu jangka masa yang panjang.



Hari ini lebih banyak graduan dihasilkan, lebih ramai golongan muda
yang bekerja, lebih ramai golongan yang baru mendirikan rumah tangga, lebih ramai rakyat setiap tahun, maka permintaan akan sentiasa ada.



Saya selalu juga membaca surat khabar tentang penganalisis ekonomi yang memberikan pendapat, walaupun ada ketika mereka mengunjurkan industri hartanah di Malaysia amat lembap, industri hartanah di Malaysia tidak menguntungkan, tetapi sebaliknya, bapa saya hari masih terus bergelar jutawan hartanah dan sehingga saat ini, kalau diberi peluang, sayalah orang pertama akan melonjakkan diri jika disebut mengenai hartanah.

Ruang untuk anda turut menikmati kekayaan dalam bidang hartanah juga masih luas dan belum diekspoloitasi sepenuhnya.

Yan pentingnya, saya selalu tekankan, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menceburi bidang hartanah.


Tahukah anda?

Orang paling kaya di Malaysia,"Raja Gula" Tan Sri Robert Quek mempunyai pelaburan berbilion ringgit dalam hartanah.
Orang paling kaya di Singapura, Kwek Leng Beng adalah pelopor industri hartanah di sana.

Monday, September 7, 2009

Lif Ajaib Gunung Kinabalu

KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK & LIF AJAIB GUNUNG KINABALU

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

-Tamat-

Anda mungkin pelik kan...apa benda cerita ini...macam cerita dongeng aje...

MORAL CERITA 'LIF AJAIB'

Sebenarnya, apa yang ingin saya beritahu anda ialah jika anda ingin melakukan sesuatu seperti mencari duit di internet maka anda perlukan ILMU yang betul bukan hanya menyertai sesuatu program kemudian tunggu duit masuk macam dijanjikan, ianya amat mustahil.

Satu perkara yang anda lupa atau terlepas pandang....

Bila anda nak buat duit MAKNANYA anda HENDAKKAN duit dari ORANG LAIN....

Maksudnya, orang lain yang akan berikan anda duit.

Orang lain yang akan keluarkan duit dari kocek mereka dan beri pada anda.

Bukannya Program Janawang yang beri anda duit.

Duit bukan datang dari Program...duit datang dari orang2 lain.

Jadi...yang paling penting di sini ialah...bagaimana anda hendak membuatkan orang lain memberi anda duit...

Itu yang sebenarnya...

Oleh itu...bagaimana nak dapatkan duit dari orang lain? Minta derma ke?

Jawapannya : ILMU...belajar ilmu dan teknik yang betul...

Orang akan beri anda duit jika anda berikan apa yang mereka mahukan...

Ini bermaksud, anda mempunyai produk dan orang yang berminat akan membelinya dari anda dan anda akan dapat DUIT..

Mesti anda mula rasa macam tak best aje kan...tetapi itulah hakikatnya...

Macam anda sendiri...anda hanya akan keluar duit kalau anda berminat dengan sesuatu benda...betul atau tidak?

Mungkin anda akan cakap.."saya tak ada produk nak jual..."

Itu senang aje...anda jadi affiliate (ejen)...promosikan produk orang lain dan anda dapat KOMISEN...

Tak tahu cara nak buat affiliate?...

Mudah saja...anda belajar...benda yang kita tidak tahu...kita kena belajar...

Belajar kenali affiliate

Belajar pilih produk yang sesuai

Belajar cara dan teknik nak promosikan affiliate

Belajar bagaimana nak menghasilkan sekurang2nya RM2,000 sebulan

Pokoknya, kalau anda nak buat duit di internet...ANDA WAJIB BELAJAR ILMU-ILMUNYA...
Related Posts with Thumbnails