Tuesday, March 10, 2009

16 Sebab Kegagalan Perniagaan Oleh: Irfan Khairi

Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

*Sekiranya anda mempunyai blog, anda dialu-alukan menggunakan
artikel ini di blog anda, dengan syarat, tambahkan link ke
http://www.irfankhairi.com

Monday, March 9, 2009

APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

G.R.E.A.T

Kata-kata semangat dan pengalaman sebenar seorang forumer.

Kejayaan bukan dtg dgn mudah atau bergolek & bukan NASIB.

Kejayaan adalah rantaian usaha yg berlandaskan ilmu yg mantap.


Tetapi yg paling penting adalah persiapan minda utk berjaya, org yg tidak mempunyai minda org berjaya tidak akan berjaya atau akan kehilangan kekayaan dlm masa yg singkat. Kalau tak percaya tgk nasib org yg menang loteri atau penduduk Felda yg menerima habuan pampasan jutaan ringgit ttp sekrg mereka tidak tinggal apa2.
Perkara pertama dan yg plg penting utk berjaya ialah mestilah mempunyai cita-cita dan matlamat (GOALS).
Tanpa matlamat kita tidak ada benda yg hendak dikejar atau gesaan utk mendapatkannya.
Contoh kalau kita telah menetapkan matlamat utk berkahwin pd hujung tahun ini, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh utk merealisasikan dan selalunya kita berjaya, betul tak?
Knp hal kahwin shj kita bersungguh-sungguh ttp tidak dlm hal berniaga.
Saya berhenti kerja pd 2003 dan mula berniaga. Saya bersungguh2 berniaga ttp sehingga thn 2006 kehidupan saya makin susah bukan bertambah senang.
Isteri bising suruh kerja blk krn saya ada kelulusan.
Penghujung 2006 sy terjumpa sahabat lama yg telah membuka minda saya bagaimana utk berjaya dlm perniagaan.
Perkara pertama yg dia suruh buat adalah ‘ SET YOUR GOALS’
Mmg sy tak pernah terfikir pun nak apa pd masa tu, tp kawan sy yg hebat ni suruh fikir apa keta yg sy minat nak pakai.
Sy kata minat keta BMW, tp mcm lawak je pasal masa tu sy pakai keta Kancil je. Dia suruh sy hari2 kat jalan raya tgk keta BMW, sy pun hari2 perhatikan keta BMW, dlm hati dpt pakai 3 series pun jd lah.
Alhamdulillah bulan Mac 2007 sy dpt pakai BMW 325i, mcm tak caya je .
Nak set GOALS ni pun ada caranya, dan kalau ikut mmg buleh dpt, sy ikut tak sampai 4 bulan dah dpt apa yg sy target.




Lupa plak nak explain username sy tu

GREAT yg saya gunakan pd username membawa maksud:-
G – GOALS (Matlamat)
R – RESULT (Keputusan)
E - EDUCATION (Pendidikan)
A – ATTITUDE (Sikap)
T – TEAMWORK (Berpasukan)

Nanti saya akan hurai secara detail setiap satu, skrg sy cite pasal GOALS dulu ye

7 langkah utk menetapkan matlamat (GOALS Setting)

1. Decide (Tetapkan apa yg kita mahu)
- mcm sy buat nak pakai keta BMW, mmg nak sgt2 merasa pakai. Kita kena tetapkan matlamat yg betul-betul yg kita nak, mcm kes kahwin yg sy cite sblm ni. Kalau kita set betul2 nak kahwin hujung thn ni mmg buleh kahwin. Sy dah tlg push bbrp org kawan kahwin dgn teknik ni. Kalau matlamat tak kuat jgn harap nak dpt bro, bak kata pepatah "kalau nak seribu daya". Mcm kita minat kat sorang awek tu mmg apa pun kita sanggup buat nak dapatkan dia betul tak?

2. Visualize (Gambarkan) - ni yg kawan sy suruh tgk hari2 kat jln raya, nak suruh tgk camne rupa keta BMW tu. Bila hari2 sy tgk keta BMW kat jln hati bertambah gelodak nak keta tu. Kalau nak kahwin mesti kita blh bayangkan gambar awek atau tunang kita, betul tak? Bila berangan teringat kat awek makin bergelora hati kita nak kahwin, tp duit tak cukup lg ye tak. Kalau tak blh byg tu tak dapek den nak tolong de
Ada plak kawan sy punya stail dia akan jentik dr jauh benda yg dia nak, sy pun ikut gak, kekadang tu sy jentik betul-betul benda yg sy nak tu

3. Dateline (Bila nak capai) - ni yg byk buat azam atau matlamat tak tercapai. Cth kalau sy kata akan kahwin hujung tahun tp tak kisah hujung tahun bila, sy akan ambil mudah segala urusan berkaitannya krn kalau tak settle thn ni, thn dpn bun buleh buat apa, ye tak? Dateline ni kena ditetapkan tanpa blh diubah, cth kalau nak kahwin hujung thn ni print je kad kahwin cepat2 dan start jemput org, gerenti nak tak nak kena buat jugak majlis tu, tak kira mcm mana rupa majlis tu.

4. Plan (Pelan)
– kena lah ada pelan camno nak capai objektif kita, kalau dlm bisnes kena ada pelan bisnes. Kalau kita nak buat pinjaman dr MARA, TEKUN, SMIDEC, Bank @ apa2 agensi sekalipun ni diorang mesti mintak ‘Business Plan/Rancangan Perniagaan’.
Kebanyakan usahawan sy lihat suka copy bisnes plan org lain, siap beli lg dlm internet atau suruh je org lain buat. Ini meniaga kita dan sudah sepatutnya kita tahu setiap sudut berkenaan perniagaan kita, pasal apa suruh org lain buat, setakat ikut format je takpe. Pihak bank kalau interview usahawan senang2 je tahu kita ni betul2 paham ke pasal meniaga yg nak buat ni, kalau tak 100% faham camno nak bg loan beb....
Jd tak kira apa objektif kita mesti ada plan camno nak dpt benda yg kita hendak tu


5. Write (Tulis) – manusia tak kira lah Melayu atau bangsa apa sekalipun mmg mudah lupa...pasal tu kena tulis krn kertas tak pernah lupa. Sy perhatikan byk insan2 hebat pasti bw buku nota kecil dlm poket baju termasuk mantan PM kita Tun Dr Mahathir, dan juga sahabat sy yg hebat dan telah membuka minda sy. Sahabat sy mengatakan buku nota kecilnya ada berkotak-kotak sbb dia mengamalkannya sejak dr sekolah.
Seelok-eloknya buat satu kad cantik-cantik yg menyatakan apa matlamat kita, no 1, 2 dan seterusnya. Kena ada nilai bg setiap matlamat, cth kalau nak beli rumah brp nilainya, kita kena betul2 tahu benda yg kita nak. Kalau nak kahwin brp ongkos yg diperlukan, kalau meniaga brp keuntungan atau nilai perniagaan kita apabila sampai dateline. Dateline kena tulis terang2, kalau boleh letak countdown sekali. Kad ni kena letak di tempat yg kita tgk setiap pg, gantung kat cermin muka atau kat pintu bilik ke, br ada peringatan atau gesaan utk capai matlamat kita.

6. Say loudly twice a day (Cakap kuat-kuat 2 kali sehari) – biar betul ni, sebenarnya tak perlu cakap kuat-kuat pun. Maksudnya kena luahkan atau cakap ngan org lain benda yg kita nak. Benda yg sy hendak sy cakap ngan isteri dan kawan2. Diorang akan kerap bertanya kpd kita pasal matlamat kita dan kalau tak dpt capai malu beb......amacam ada berani.
Lps raya thn lepas sy cakap kat isteri & kawan2 keta skrg bonet cam kecik je, susah nak blk kg. Sy cakap nak tukar BMW 5 Series plak, dateline 31 Mac 2009 pasal yg dulu pun ambik bulan Mac gak. Yg ni mmg mencabar, mcm2 dugaan nak dapat terutama loan tak lepas, tah apa yg tak kena ngan bank skrg ni. Sampai sy cakap kat officer tu kalau U mau 84 bulan punya PD cheque pun sy blh bagi. Geram punya pasal sy cakap ngan kawan2 kalau tak dpt loan sampai bulan Mac ni sy akan beli cash, korek lah kat mana pun janji dpt.
Alhamdulillah, Allah Maha Besar........Salesman kat Ingress Auto suruh sy cuba submit loan kat BMW Credit dan tak sampai 3 hari loan dah approve pasal sy dah pernah beli keta BMW, interest rate pun lg rendah dr bank. Akhirnya dpt gak mencapai matlamat sebelum dateline, tu yg penting br kawan2 respek dan yg plg penting kita akan mula meyakini kemampuan dan ketahui potensi sebenar diri kita, ini yg sy ingin berkongsi ngan anda semua.....”NOTHING IMPOSSIBLE”........tanam word ini dlm minda anda

7. Action (Tindakan)
– ini yg plg penting, kalau semua 6 td dah buat tp yg terakhir ni tak buat, tak dapek den nak koba do. Kena ada tindakan - “SUCCESS IS A PROCESS” , “A THOUSAND MILES JOURNEY START WITH FIRST STEP”.
CREATE ACTIVITIES →CREATE OPPORTUNITIES→MONEY COME NATURALLY

Byk org tunggu peluang, bukan mencipta peluang. Tak kira apa yg anda lakukan kalau anda pandai mencipta peluang, pasti puncak kejayaan akan menunggu anda di depan. Apa yg sy tulis ni adalah ingatan terhadap diri saya dan renungan utk tuan2 yg hebat sekalian. Manusia menjadi hebat krn ilmu, apa yg tuan2 lakukan skrg adalah menatap ilmu, Insyaallah tuan2 termasuk dlm golongan yg akan “BERJAYA”.....AMIN YARABBAL ALAMIN

G.R.E.A.T
R – RESULT (Keputusan)

Keputusan merupakan kayu pengukur kejayaan seorang usahawan. Kalau dah bertahun-tahun apa yg kita lakukan tidak mendatangkan hasil spt yg diharapkan atau gagal mencapai matlamat, ubah cara tersebut. Gunakan cara lain yg lebih inovatif dan kreatif, ingat (GOALS REMAIN – METHODS CHANGE!!!)
Tuan2 rasa kalau sy bahagi 100% kpd GOALS & METHODS, brp peratus portion GOALS dan brp peratus utk METHODS? Blh tuan2 yg bijak budiman teka? 50-50 ke, 60-40 ke, 70-30 ke, 10 utk tuan 90 utk ana ke
Pada pendapat saya 100% GOALS & 0% METHODS
Kenapa? Katalah GOALS sy nak jd jutawan, byk cara nak jd jutawan – meniaga ke, investment ke, MLM ke, ejen Insurans ke, merompak/menyamun/menipu pun blh gak jd jutawan. Yg penting GOALS tu kena tetap dan tak blh diubah-ubah.
Kalau apa yg kita buat skrg masih gagal membawa kita mencapai matlamat, tukar lah cara. Terlalu byk cara, gunakan otak kanan, jgn asyik ikut apa org lain buat. Kena berani membuat pembaharuan, ttp yg plg penting “DIRI KITA KENA BERUBAH”“WE MUST CHANGED”

G.R.E.A.T
E – EDUCATION (Pendidikan)

Ramai org suka melabur terutamanya dlm skim cepat kaya (mana ada org nak melabur dlm skim lambat kaya) ttp amat kurang org melabur utk meningkatkan ilmu dan memajukan diri sendiri. Pelaburan dlm apa jua pelaburan hanya akan membawa pulangan sementara, mcm2 blh berlaku kena tipu, market turmoil, financial crisis dan mcm2 lg lah. Sedangkan pelaburan utk meningkatkan ilmu bersifat kekal, jika apa pun berlaku ilmu tetap ada di dada. Ttp brp ramai dr kita sanggup berbelanja utk membeli buku2 ilmiah dan menghadiri kursus2 ilmiah?

G.R.E.A.T
A – ATTITUDE (Sikap)

Ni yg plg penting, S.I.K.A.P ..........Dr satu kursus yg sy hadiri, sy tertarik dgn satu kajian yg dijalankan ke atas 515 org jutawan mengenai punca2 kegagalan. Drpd byk2 punca kegagalan terdpt 3 yg plg byk dinyatakan oleh jutawan2 tersebut iaitu :-
1. Tidak jujur pd diri sendiri & sering memberi alasan
2. Pesimistic / Bersikap Negatif
3. Tiada Matlamat

Dr kajian tersebut dirumuskan 3 punca kegagalan ini yg paling kerap kita lakukan tanpa kita sedar dan ia berpunca dr SIKAP. Seblm nak berjaya kena perbetulkan SIKAP kita dulu, kena buat perubahan pd diri kita, kena byk amalkan perkara2 positif.

Mulai hari ini mari kita buat perkara2 positif yg mudah spt berikut :-
1. Senyum – kita kena senyum dulu kat org lain, br org senyum blk kat kita. Kalau org tu tak senyum blk kat kita takpe, anggap je org tu tak tergolong dlm org yg nak berjaya
2. Ucap terima kasih – kat pelayan kedai makan, jurutol walaupun bengang kena byr tol, kat tealady kat opis, staff bawahan kita dan terutama sekali kat Yang Maha Esa, ini yg selalu kita lupa
3. Mudah meminta maaf dan memaafkan – kalau kita salah tu cepat2 minta maaf, tak salah pun minta maaf tak rugi apa pun, untung dah pasti.
4. Jd pendengar yg baik – kalau kawan2 nak cerita masalah dia ke, dengarlah sekurang2nya bila dia bercerita kat kita kurang beban masalahnya tu. Org tua2 kata kalau ramai org dtg mengadu kat kita tu tanda murah rezeki.
5. Bersedia menerima teguran – kalau ada org tegur kita maknanya org tu prihatin kat kita, pasal tu mak bapak kita suka tegur kita. Jarang org yg kita tak kenal nak menegur kelakuan kita melainkan apa yg kita buat tu dah melampau.
6. Banyakkan sedekah – kalau kita perhatikan org yg betul2 kaya cam Bill Gates, Warrent Buffet, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari diorang ni semuanya pemurah. Allah menjanjikan setiap satu yg kita beri akan dibalas dgn sepuluh.

Sy percaya kalau kita amalkan perkara2 ni kita akan mula menjadi seorg yg positif, menjadi insan yg hebat dan kita akan dpt lihat hasil yg positif dlm masa yg singkat.

Kebanyakan org berjaya yg sy kenali punyai SIKAP yg luarbiasa, sentiasa positif dan tiada langsung negatif. Sy perhatikan mereka ini pemurah, peramah, sentiasa berterima kasih, mudah meminta maaf, seorg pendengar yg baik, tidak serik mencuba, mudah percayakan org, sentiasa bersangka baik kpd sesiapa pun & bermacam2 lg yg positif lah.

G.R.E.A.T
T – TEAMWORK (Berpasukan)

Kita buat apa pun kalau berseorangan mmg penat, terutamanya masa tgh down takde sesapa tempat nak mengadu atau sesapa nak motivate kita. Bila kerja satu kumpulan maka akan ada sokongan dr segala segi spt sokongan moral, modal, idea dsb. Apa yg sy perhatikan org2 yg berjaya punya network dan team yg hebat. Sy pernah berniaga bersendirian dan tahu mcm mana penatnya. Apabila kerja dlm kumpulan benda yg sukar akan menjadi ringan dgn syarat setiap ahli kumpulan menjlnkan kewajipan masing2.

Thursday, February 12, 2009

Jom Bina Aset Sendiri

Antara pembelajaran dalam permainan Cashflow 101 adalah, di mana anda anda boleh bermula? Dan seorang janitor (penjaga bangunan) pun boleh melakukannya, apatah lagi anda yang barangkali mempunyai ijazah dan sijil-sijil professional lainnya. (Paper qualification & gaji besar bukan penentu segalanya)

Secara umumnya anda ada 3 pilihan. Pilihan untuk membina aset anda sendiri.

1. Berniaga

Ini adalah cara yang paling sukar. Tetapi mempunya Return on Investment (ROI) yang paling lumayan.

2. Hartanah

Antara kekurangan pelaburan hartanah adalah liquidity. Walaupun anda mempunyai rumah bernilai RM 500 000, belum tentu anda dapat menjualnya dalam masa yang anda perlukan. Justeru, menjadi pelaburan hartanah yang mempunyai cashflow positif tiap-tiap bulan (sewa) adala lebih ditekankan berbanding capital gain ( flipper - jual beli rumah)

3. Pasaran Saham

Cara yang paling mudah. Tetapi untuk mendapatkan untung di dalamnya bukan semudah yang disangka. Dan sekiranya anda tahu cara yang betul, maka anda sudah mendapatkan satu mesin menjana pendapatan yang lumayan dan cepat. Awas, tidak kena caranya anda akan kehilangan wang secepat mungkin juga.

Yang Paling Menarik…

Apa yang ramai daripada anda tidak sedar adalah, ia semua boleh dilakukan secara part-time pada peringkat awal. Anda tidak perlu berhenti kerja anda dahulu pun untuk mencuba salah satu daripada tiga jalan ini.

Ramai yang tidak tahu mencuba. Ramai yang takut untuk mencuba. Mungkin tidak ramai yang didedahkan dengan cara yang betul lagi. Akhirnya anda menjadi savers sahaja.

Cara yang terbaik adalah anda mempunyai perniagaan, mempunyai aset hartanah sendiri dan akhirnya menjual saham perniagaan anda kepada umum (public listed company). Tetapi semua ini dapat dicapai sekiranya anda terus bertindak sekarang!

Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit

Perniagaan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan duit. Ia lebih dari itu. Antaranya adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Konsep ini - WHY - adalah sangat penting, tetapi tak ramai orang menyedari dan menghayatinya.

Dalam Islam ada disebut:

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis 1, dalam koleksi Hadis 40 Imam Nawawi, ia hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Kenapa - WHY - anda mahu terlibat dalam perniagaan mesti kuat. Dan ia bukan sekadar duit. Memang tiada masalah kalau tujuannya hanya duit, tetapi seperti mana yang disebut dalam hadis diatas, anda akan dapat duit sahaja.

Kebahagiaan (Happyness ;) ), ketenangan, kepuasan, kewajipan agama, keberkatan, anda mungkin tidak mencapainya sekiranya matlamat utama anda adalah duit.

Saya tahu kenapa saya mesti terlibat dalam perniagaan. Saya juga tahu kenapa blog saya perlu berubah dari penulisan isu semasa & politik kepada isu kewangan, pelaburan dan perniagaan. Saya tidak melakukannya untuk tujuan yang sia-sia, dan juga bukan isu duit & wang semata-mata.

Begitu juga anda, anda mesti tahu KENAPA - WHY - dalam diri anda.

Apabila anda tahu tujuan dan matlamat anda, anda akan terus berada di landasan yang sebenar. Anda akan melakukan yang terbaik dalam perniagaan anda. Anda akan terus gigih berusaha walaupun 1001 cabaran yang melanda.

Selain kuasa (politik), harta kekayaan adalah senjata yang utama. Mereka yang tahu perniagaan mereka pada asalnya adalah untuk kebaikan, akan menyalurkannya untuk kebaikan masyarakat kembali dan sekiranya sikap tamak yang menguasai diri, harta kekayaan akan membawa kemusnahan ke dalam masyarakat.

“I believe that with great wealth comes great responsibility, a responsibility to give back to society, a responsibility to see that those resources are put to work in the best possible way to help those most in need,” (Bill Gates)

Bukankah ini juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad b Abdullah yang hartawan lagi dermawan?

Wednesday, January 21, 2009

Tugas Utama Seorang Usahawan

Sebagai seorang usahawan yang memiliki sebuah perniagaan, soalan utama yang harus dijawab olehnya ialah apakah tugas utamanya dalam perniagaan tersebut.

Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri sebagai seorang pemilik syarikat, apa sebenarnya yang perlu kita buat ?. Sepanjang kita mengatur segala urusan perniagaan kita apakah tujuan sebenar yang kita hendak capai ?

Soalan ini sering bermain di kepala saya sepanjang saya menceburkan diri saya dalam bidang keusahawanan. Akhirnya saya menemui jawapan yang memuaskan hati saya dalam tulisan Peter Drucker.

Dia berkata tugas utama seorang usahawan adalah dalam memasarkan 2 perkara. Segala usahanya dalam membina perniagaannya hendaklah berlandaskan 2 perkara tersebut. Beliau hendaklah sentiasa memasarkan:

1. Peluang pelaburan.
2. Peluang Pekerjaan.
Seorang usahawan mesti memastikan yang perniagaannya berbaloi untuk dilaburkan. Tak kira samada pelaburan dari dirinya sendiri, rakan niaga, venture capital, pihak bank atau pemberi pinjaman yang lain.

Apabila perniagaannya boleh menarik minat orang untuk melabur di dalamnya maka ini menunjukkan dia berjaya mencapai matlamat asas dan perniagaannya adalah berdaya maju.

Begitu juga apabila perniagaannya dapat menarik pekerja yang hebat dan cemerlang, ini juga menandakan perniagaannya berdaya maju dan mampu berkembang ke tahap yang lebih baik, apalagi apabila para pekerja yang memacunya terdiri daripada pekerja yang cemerlang dan hebat.

Jadi, jelaslah bahawa segala tindakan kita dalam membina prniagaan kita hendaklah berpaksikan kepada usaha untuk memasarkan keupayaan pelaburan dan keupayaan menarik pekerja yang hebat yang mampu memacu perniagaan ke tahap yang lebih dari masa ke semasa.




Carta Organisasi

Banyak dari kalangan para usahawan terutama yang baru menceburkan diri dalam perniagaan kurang mengambil berat terhadap pengurusan organisasi. Kebanyakan dari alasan yang diberi adalah tidak perlu kerana perniagaan mereka mempunyai 1 atau 2 orang pekerja sahaja dan merekalah yang membuat semua kerja dalam perniagaan itu.

Sebenarnya membentuk carta organisasi amatlah penting untuk memastikan perniagaan kita berkembang maju. Ia juga penting supaya dapat mengingatkan kita bahawa kita wajib melihat semua urusan dalam perniagaan tersebut kalau mahau maju. Tidak salah jika dalam carta tersebut semua perkara kita masukkan nama kita.

Kebiasaannya dalam sesebuah perniagaan harus ada 4 perkara penting yang kita mesti memberika perhatian.
1. Operasi
2. Pemasaran
3. Kewangan
4. Sumber Manusia

Keempat-empat perkara asas tersebut pula hendaklah diketuai oleh seorang pengarah urusan atau CEO, yang memastikan semua bahagian tersebut berjalan lancar dan berkembang.

Kebanyakan usahawan yang bekerja sendiri biasanya hanya menumpukan kerjanya pada operasi sahaja. Banyak dari masanya habis melakukan kerja operasi. Jika ia seorang doktor, dia banyak menghabiskan masanya dalam kerja memeriksa dan merawat pesakit. Dia tidak akan meluangkan masanya untuk melatih doktor lain (sumber manusia), membuka cawangan (Pemasaran), membentuk satu sistem layanan pelanggan (operasi) dan lain-lain lagi.

Inilah yang membezakan sesebuah klinik swasta yang telah berniaga selama 10 tahun namun masih tetap hanya mempunya satu klinik sahaja dengan klinik swasta yang mempunyai banyak cawangan walaupun baru 5 tahun berniaga.

Sebagai seorang usahawan kita haruslah memikirkan bagaimana kita dapat melatih orang lain melaksanakan keempat-empat kerja yang disebutkan di atas tanpa perlu kita berada dalam pernigaan itu.

Untuk itu satu sistem yang terperinci hendaklah dibentuk seperti bagaimana memilih pekerja yang sesuai, bagaimana menguruskan kewangan, bagaimana memastikan kerja operasi dilaksanakan dengan berkualiti sepertimana kita melaksanakannya dan berbagai-bagai lagi.

Setelah kita berjaya membina sistem perniagaan tersebut, kita hendaklah berusaha memilih pekerja yang mampu melaksanakannya. Untuk menjadikan syarikat kita yang terbaik kita harus mempunyai pekerja yang terbaik.

Memang bukan senang untuk berjumpa pekerja yang terbaik tetapi ia seumpama mencari emas, bertan-tan tanah dikorek dikisar dah jumpa bermacam proses lain lagi sebelum akhirnya kita dapat menjual atau menggunakan emas tersebut. Begitulah juga mencari pekerja yang terbaik.

Herba Untuk Asma/lelah

Perkataan ‘asma’ berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas.Ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil. Antara simpton seseorang diserang asma adalah nafasnya berbunyi(wheezing) seperti bunyi siulan halus dan panjang disamping bunyi termengah-mengah didada, batuk dan sesak nafas.Gejala lain ialah berlakunya infeksi saluran pernafasan ,sinusitis( radang selaput ruang sinus) dan rasa pedih dibahagian tengah dada serta batuk pada awal pagi.

Antara faktor –faktor yang boleh mencetuskan serangan asma ialah:
debu rumah; serangga seperti lipas yang telah mati menjadi kering dan hancur menjadi debu yang akhirnya terapung di udara, kain bulu, kapuk bantal dsbg.

>alahan pada binatang peliharaan seperti kucing ,anjing dan arnab juga burung merpati.Alahan terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang itu menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu.Bulu dan daki dari keruping kulit kering itu menjadi ringan dan berterbangan diudara ktika bintang itu menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing manakala bagi arnab dan merpati terdapat pada najisnya.

>bahan toksik, asap rokok, pewangi,cat,bahan kimia rumah seperti penuci lantai dan ubat nyamuk lingkar.

>alat pendingin udara,kipas angin,udara sejuk dipergunungan,debunga dan perubahan cuaca mendadak.

>terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja berat disamping sering mengalami tekanan perasaan serta mendapat jangkitan pada paru-paru

Serangan asma mengakibatkan radang berikutan reaksi sistem pertahanan tubuh melindungi tubuh daripada serangan, dengan itu akan terjadi kemerahan pada saluran pernafasan diperingkat bronkus.Ini berlaku kerana pembuluh-pembuluh darah membawa sel-sel radang iaitu sel-sel darah putih kesitu.Semasa proses ini berlaku kimia-kimia alergi dikeluarkan dengan banyaknya menyebabkan berlakunya konstriksi pada otot-otot lalu menjadikan saluran pernafasan sempit.Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembentukan lendir yang berlebihan pada sel-sel dan kelenjar disepanjang saluran pernafsan semasa radang berlaku.

Semasa berlakunya serangan asma, otot pada organ tubuh yang berongga dan saluran iaitu usus,perut dan otot pada bronkus dan bronchial menjadi polos menyebabkan oto-otot kejang dan menguncup.Keadaan ini menyebabkan udara yang mengandungi karbon dioksida terperangkap dalam paru-paru mengakibatkan penghidap asma merasa sesak nafas dan ketat dada.

Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam.Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan kedada.

Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum.Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam.Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma.Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bung lawang dimana ia direbus dan diminum airnya .Dalam rawatan Ayurveda,kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma.

Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis.Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma.Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Rawatan akupuntur juga menawarkan rawatan bagi pesakit asma di pusat akupuntur Tole.

Master Leong Hong Tole

Email :thetole@pd.jaring.my

603-21418370/21451671 603-80758746 (cawangan)

Di alamat( Utama )

Lot 4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara Promet Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

( Cawangan dengan kemudahan tempat tinggal )

33B & 33C Jln 1/11A Taman Kinrara Sek-1 Batu 7 1/2 Jln Puchong 58200 Kuala Lumpur

http://www.geocities.com/toleherba/rawatan.htm



Info dan laman web berkaitan herba dan asma:

Faculty of Homeopathy. For medically trained homoeopaths. 15 Clerkenwell Close, London EC1R 0AA. Tel: 020 7566 7800. Fax: 020 7566 7815. Email: info@trusthomeopathy.org. www.trusthomeopathy.org

National Institute of Medical Herbalists. 56 Longbrook Street, Exeter, EX4 6AH. Tel: 01392 426022. Fax: 01392 498963. www.nimh.btinternet.co.uk

Society of Homoeopaths. For non–medically qualified homoeopaths. 4a Artisan Road, Northampton NN1 4HU. Tel: 01604 621400. Fax: 01604 622622. Email: societyofhomoeopaths@ btinternet.com. www.homoeopathy.org.uk

Register of Chinese Herbal Medicine. Garden Studios, 11Ð15 Betterton St, London WC2H 9BP. Tel: 020 7470 8740. www.rchm.co.uk

European Herbal Practitioners Association. Midsummer Cottage Clinic, Nether Westcote, Chipping Norton OX7 6SD. Tel: 01993 830419. Fax: 01993 830957

http://www.asthma-allergies-treatment.com/asthma/1/index.htmlhttp://www.asthma.org.uk/about/an074.php

http://www.asthma-allergies-treatment.com/asthma/2/natural-vitamins-to-prevent-asthma.html

http://www.top-mix.info/8/natural-asthma-remedy.html

http://www.naturallydirect.net/natural-asthma-remedy.htm

http://www.allergyhealer.com/1/hayfever-natural-remedy.html

www.asthma-allergies-treatment.com/asthma/2/natural-vitamins-to-pre vent-asthma...

www.asthma.freeservers.com/natural-remedy-for-asthma.html –

www.salpipe.top-mix.info/87/ashma-cure.html

www.health-naturale.com/allergies.h

www.saunabucks.com/asthma/%A0asthma-herb.

www.natural-remedies-clinic.co.uk/cart/sitemap.php
Related Posts with Thumbnails