Thursday, March 26, 2009

TIPS CREDIT CARD 4

Kita teruskan siri tips guna kad kredit pada kali ini. Ramai yang masih keliru dengan cara sebenar menggunkan kad kredit!

Mereka lebih suka untuk hanya membayar baki minima bayaran yang dicadangkan dalam penyata bil yang sampai pada mereka!

Saya tidak pasti sama ada mereka tidak tahu atau pun sengaja untuk bertindak sedemikian rupa.

Jika tidak tahu, tidak mengapa anda boleh belajar daripada tips ini tetapi bagi mereka yang sengaja membiarkan diri mereka untuk membayar lebih banyak faedah dari masa ke semasa, ianya sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal!

Oh, ya! saya faham mungkin ada daripada anda berkata,”bukan tak nak bayar sepenuhnya tetapi tak ada duit yang cukup untuk menjelaskannya!”

Baiklah jika itu jawapan anda, saya rasa anda mungkin boleh mempertimbangkan tips saya kali ini,

“Berhenti Menggunakan Kad Kredit Anda!”

Ya, anda perlu berhenti! Kerana anda sebenarnya tak ada duit untuk berbelanja sebanyak itu!

Gunakan kad kredit untuk berbelanja tidak ubah seperti anda membayar sesuatu menggunakan duit yang belum pasti anda perolehi!

Siapa boleh jamin anda akan kekal dengan pekerjaan dan pendapatan sekarang? Siapa boleh jamin anda boleh membayar sepenunhya bil kad kredit anda? Siapa boleh jamin yang anda masih bernafas pada bulan depan?

Jawapan itu semuanya ada pada anda! Maka beringatlah dan gunakanlah kad kredit dengan bijaksana hanya untuk waktu dan keperluan kecemasan dan bukannya untuk memenuhi kemahuan anda yang tidak terbatas!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails